Sunday, 9 June 2013

Aku yang Aku

Berkepuk! Salam semua.. masih ada pembaca? rindu kepada readers, rindu kepada penulis setia.. aku tak cukup setia.. Hidup bagai blogger tapi tak ade tanggungjawab! orang jd blogger dia nak1 *so what?

Aku yang dah semakin tua, aku yang semakin matang! aku selalu cakap macam tu, tapi... orang sekeliling masih geleng.. Takpelah, nanti - nanti orang nampaklah kan..

Ini entry aku yang ketiga dalam tahun2013. Oh, kecewa rasa! hahaha.. Maaf, masa ada.. tapi aku tak guna untuk tulis cerita aku.. Aku akan mula semula.. Iya, aku malas orangnya, tapi aku taklupa. Banyak cerita aku kepam dalam dada, untuk aku sorang suka-suka. Bukan kedekut untuk aku berkongsi, tapi.. tebal malas mengatasi segala.

Aku tengah study, nih. Ade pulak cerita suka, aku perlu semat kat sini.. Pasal dia! "crush" tahu apakan.. See,  "crush" bukan untuk, anak-anak menengah, rendah, atau tadika saja, di unbersiti berjuta "crush" kau boleh ada..  tapi aku tetap mahu dia. 5waktu aku selain aku sebut nama seluruh ahli keluarga aku, kawan2 sejati aku, aku turut sebut nama dia-- peduli aku dia ada yang punya atau tidak, sebab aku percaya pada tuhan aku-- kalau ikhlas, dia bercinta 6,7 tahun pun kalau dia untuk aku, dia tetap untuk aku. *pentingkan diri..

Petang tadi, aku ambil masa jumpa dia.. untuk aku selitkan sedikit ilmu pada dia-- mana tahu dia boleh guna.. Aku terima mesej dari dia tanya aku dimana-- aku endah, aku biarkan seketika-- aku lihat sekilas dia sudah ada, sudah tunggu di satu tempat. Mungkin dia nampak aku dan kemudian dia masuk kedalam semula, aku dongak dia sudah tiada-- aku balas mesejnya dengan menyatakan aku sudah ada di depan, 3minit kemudian dia datang semula. *keadaanya melihatkan aku yang tunggu dia, sedangkan aku sudah lihat dia tunggu aku. Motif dia begitu? tanyalah dia sendiri--
15minit sebelum-- aku bilang aku mahu jumpa dia, dia tanya bila masa? Aku bilang sekarang, takperlu tunggu lama, walaupun dia tinggal di aras yang tinggi seketika dia dahulu yang sudah ada-- nampak tak permainan dia?



p/s : memilih untuk suka seseorang dalam diam kerana "in silent"  i find no rejection--

No comments:

Post a Comment

geng2 HEbAt