Thursday 3 October 2013

Dewasakah AKU? KAU? DIA?

Salam.. Raya tiba. Kita dah rasa gembira. Bukan tentang raya mahu aku cerita tapi tentang dewasa kita-- Aku bukan tuju pada siapa aku, siapa kau mahupun siapa dia. Cuma aku mahu bilang pada diri. Buka pada Peah, Mat, Husin atau siapa-siapa.. Tiada nama-

Mereka bilang, pengalaman mendewasakan diri. Apa? Pengalaman siapa? Ohh. Mahu tahu erti pengalaman pun aku kurang pasti. Tak cukup dewasalah aku begini? Sial--

CERITA.
aku kini tiada harap untuk fikir logik seperti remaja 21tahun yang lain. Remaja itu memang hanya sekali. Tapi sakit! Sakit sampai bila-bila kalau kau tak dewasa fikir yang kau sudah remaja--
Terlanjur, Oral, onani, Arak, rokok dan bla bla bla-- Remajalah tu! Bapak gila. itu bila remaja hilang keremajaan dia. Aku tidak ketahap itu. tenung-- Ada juga aku buat. Aku tak baik brade sister.
Tapi aku rasa penyakit Cinta itu lagi derita. Takpercaya aku. Aku fikir sebab wanita cantik curang, cinta aku jadi giler. Bapak kesian. Kadang tak ada cinta, suka juga. Gila bebas. Dewasa juga kira kalau tak ada cinta. Untung kalau kau ada cinta-- Aku bukan nak cakap pasal cinta. Aku bilang dewasa?

Mana mana nak ukur dewasa? guna pembaris? ukur lilit perut? Oh, kira matang itu remaja? Matang macam mana? Oh aku manusia terpelajar. Tapi aku tak matang kiranya aku tak dewasa? budak Sains boleh jawabkan? Aku nak jawapan berbentuk essay panjang. Jumlah perkataan 4561, tulisan Arial, langkau 2. Kalau boleh email kepada aku. Aku butuh jawapan kau--

Tuesday 2 July 2013

Tentang DONGAK ke LANGIT

Salam semua, untuk satu rasa yang biasa.. Aku tulis cerita tentang kita. Satu, aku tidak ada masa untuk semua perkara. Aku selalu buat biasa-biasa. Kadang aku fikir, kenapa orang buat aku macam-macam? sebab aku  fikir aku kurang mintak dengan tuhan--

Kadang aku lupa, aku ada pencipta-- Untuk buat aku hilang rasa lupa bahawa aku ada DIA, aku tengok langit luas, aku tengok hijau hutan, aku tengok lautan biru, aku tengok sungai yang berliku, aku tengok semua-- Susah untuk kita, manusia. Aku rasa aku sangat susah.

Tentang dongak ke langit, aku cuba letak sikit erti INSAF-- aku cuba letak sikit erti KHILAF. dan aku terus rasa susah-- Aku cuba tidak letak BIAR--

Kita manusia-- Itulah kita-- Lebih suka hidup bersusah. Lebih suka mengeluh-- Sehingga kita rasa bahawa "aku lebih senang sendiri. Jangan sibuk hal aku." Itulah kita, yang mudah lupa--



p/s : Mencari jalan lurus itu adalah hak kita bersama--

Wednesday 19 June 2013

Aku takpunya CINTA untuk mereka? Euww-

Salam. Aku punya benda untuk kongsi-kongsi. Benda tak penting pun.. Sesaja nak buat macam gempak. *Berangan. Angan-angan aku kalau bab jodoh ni selalu kalah cerita Cindarella. Kalah derama kat tibi tuh-- Gempak gempita-- Sampai aku rasa aku nak duduk dalam angan-angan aku. Duduk dalam dunia aku dengan Tuan Putera aku! Yeayy! bahagianya aku, korang peduli apa-- Jadah betul, aku dah start berangan--

*aku tengok tajuk-- Macam geli beb.. sumpah! Tapi  tak salah--

Macam-macam aku dengar pasal kisah cinta kengkawan aku.. Sesungguhnya aku mempunyai kawan-kawan yang begitu suwet muwet-- Serius.. Sampai aku rasa,"weh, aku bila lagi?" atau "bilalah aku boleh dapat boypren macam boiprenn kau.." Choii,,, Malunya.. Hehehehee..

*terkejut jam loceng rumate berbunyi. Nak gugur jantung--

Mak aku ada cakap, aku kenal bapak ramai lelaki-- okay, ye, aku mengaku, aku ramai lelaki kat luar sana.. Hah! tapi, Tapi, tapi-- aku ada sebab kenapa aku kawan dengan lelaki-lelaki itu, tapi sorang pun tak tersangkut dengan aku. *bangangnye ayat tu--

Aku selalu rasa yang aku awek kental. Aku tak perlu lelaki yg bukan sapa-sapa pada aku selain ayah abang  SELEPAS aku clash dengan ex-Boyfriend aku sebab? Erkk-- Cinta terhalang beb-- *malas nak ingat sebab dia dah pun berkahwin dan punya anak yang comel-- Aku doa dia bahagia tapi, jahanam-- Itu dulu, biar lantak dialah--

Disebabkan keSINGLE-lan aku ni lah aku rasa, aku bebas berkawan-- Serius, aku suka sekarang, ada orang suka? ada orang nak lamar? Aku tolak beb-- terang-terang aku tolak mentah-- Lepas tu dorang pun blah-- *Kesian aku. Kenapa?
Aku rasa aku tak cukup baik untuk mereka-- Aku selalu rasa gitu. tapi aku tengok, aku bukanlah bersosial sangat.*melainkan kat FB/BBM/ aplikasi sosial yg terkini--

*tarik napas

Rupa-rupanya aku takut beb-- Aku takut kearah itu, serik nak bagi hati dekat orang yang tak reti nak jaga-- Aku selalu terlalu berhati-hati tahap tertinggi-- Faham?
Aku selesa begini-- Macam kau, kau, kau dan kau lihat-- Aku jaga hati aku sendiri, dan aku minta kawan-kawan aku turut jaga hati aku-- Untuk bercinta? entah bila--

Aku selesa berkawan-- Tak rasa pun yang aku single, sebab kawan-kawan aku selalu cakap i love u dekat aku-- Dan ramai kot yang selalu dengar aku cakap i love u to-- Lagi senang-- Ya, aku cinta Kawan lelaki dan perempuan-- Tapi, sampai bila mahu berkawan? Sampai tua--

Untuk mencari lelaki dijadikan suami? *Mengeluh--  boleh aku cakap, "weh, kahwin la dengan aku." atau "aku rasa aku nak kawen la, nak tak jadi suami aku?" atau aku duduk tengah trafik light sambil pegang kertas yang bertulis "aku nak kawin, siapa sudi?" *gelak senget. Gila memang gila--

Jodoh akan datang, bila tiba masanya-- Aku percaya. entah apa la bakal suami aku buat masa ni? Mesej dengan geprenn la tu. Kesian geprenn kau, suami. Last-last kau kawen dengan aku jugak-- HAHAHA
Nanti kalau aku dah kawin dengan suami, aku nak peluk kuat sampai tarik rambut dan tepuk-tepuk kau sebab aku puas tunggu kau cari aku-- sebab aku memang malas nak fikir pasal mende gini--
Kalau la, bakal suami baca entry ni-- Kau mesti fikir aku gila- *peduli. Aku mohon, kau dapat bimbing aku sama masuk syurga. AMIN--

*Tunggu bagaimana kisah kita bercinta- Mesti suwet macam gula-gula kapas. Sebab kau antara yang terawal. *No 3 kot.. No 1 kawan tadika aku, No 2 ex boipren aku, No 3 aku jamin itu kau wahai suami- winkwink~


p/s ; Life is short, make it sweet .. xoxo!

geng2 HEbAt