Sunday, 27 January 2013

Semuanya untuk Semester Pertama

Salam, heee.. aku sedang bercuti semester... Sebulan.. Dan aku akan manfaatkan sehabis punya! Giler kot, sejak final aritu, tidur tak tentu.. Dah jadi burung hantu, aku bukan apa, sem 2 nnt aku byk kelas pagi.. Risau jugak terlajak tidur nih.. Nak cerita dari hari kehari tapi tak tercerita jugak.. cerita masuk u pun sikit je,, pejam celik, pejam celik dah habis satu sem..

Hidup sebagai pelajar universiti, aku rasa sangat best.. Cabaran tu tetap ada.. Orang suka, orang tak suka.. Perkara biasa... Tapi sampai bile kita boleh tak suka orang tu? alih2 nnt kita nak mintak tolong dorg jugak kan? Nak flash back, satu persatu kisah, mmg tak daya lah.. Semuanya sedang belajar.. belajar untuk berdikari, belajar untuk berkongsi, belajar jadi Matang, belajar untuk menghargai kerja orang lain..

Mungkin masih terlalu baru, ada yang cakap "biasalah, mula2.. Nanti kau tahulah erti penyesalan" Tak kesahlah, itu suma dugaan.. handle la dugaan kau sebaik mungkin..

Cinta kampus? No! Belum lagi.. Serius.. Jujur nih.. Kawan-kawan aje.. Have fun dulu.. Kalau ada, ada.. Kalau tak ada pun lagi bagus.. Sebab aku ni jenis tak fokus.. Nanti macam2 jadi..huahuahua

Kawan-kawan? so far, so good.. Kau akan kenal ramai orang.. Bermacam gaya dan perangai.. Tak semua baik, dan tak semua jahat.. Ada rajin, ada malas..Ramai kawan weh! dari pelbagai negeri.. Kau boleh belajar cakap-cakap dorang.. Kalau dah jenis suka berkawan, semuanya best... Jagalah persahabatan yang dibina! cehwahh!

Study? alhamdulillah.. Ok! biaselah kalau dapat markah sikit.. aku ni bukan jenis suka membaca.. Budak malas, kena pakse diri baru buat.. Hasil sama dengan usaha kan?So, kalau dah dapat sikit tu, pandai2la cover kat final.. Tapi, malulah juga kalau roommate dapat tinggi, kita dapat ciput! Tapi, rumate aku stdy beriya.. So, dapatlah hasil yang baik.. Tahniah untuk dorang! hahaha

Final exam? memang tak sama dengan final exam kat sekolah tu... Susah senang tu biaselah, nama pun exam.. exam ramai2 dalam dewan.. Buat essay.. Dulu 3jam, sekarang 2jam je.. Tak ke patah tangan aku menulis.. Bestlah!

Jalan-jalan? Ini aktiviti biase.. belajar di tempat orang, berjalanlah.. Aku ade geng yang berkongsi minat yang sama, so! senang.. Ke sana, ke mari sentiasa bersama... Belajar dekat Terengganu kn, rugilah kalau tak melawat kawasan.. Walaupun aku rasa kitorang asyik pusing2 tempat yang sama aje.. Yang sebenarnya, kami ni jenis yang cepat panas duduk dalam bilik.. Mesti nak keluar je.. Atau dengan erti kata lain, kitorang suka naik kereta.. Hahahha

Apa-apa pun, itu semua perkara yang sangat Best! Pengalaman meRemajakan kita.. Jadi, berseronoklah sebaik mungkin.. Tapi jangan sampai kita lupa tanggungjawab kita....


p/s : Sebarkan Cinta kepada mereka yang betul-betul berhak.. Jangan buang masa untuk yang lansung tiada Hak!

Friday, 4 January 2013

KAPALKAWAN a.k.a Friendship



Salam... Aku ambik masa korang bace entry aku yang Cikai.. Maaf! Seribu kali maaf... Kawan! Bukan aku sorang je yang ada kawan... Korang jugak la... Tak kesah dari celah mane korang jumpa KAWAN korang...

Aku sangat sensitif kalau bab2 berkawan.. Sebab pada aku lansung tak ade istilah kawan tapi mereka semua KELUARGA.. Tapi... mereka? terpulang! Itu yang aku blh kata...

Aku sangat sedih kalau antara kawan2 aku, ada yang bertikam lidah ... bermasam muka... Itu sangat Sakit! Sama kan??? Yes, sapa suka kalau tersepit.. aku tak cakap aku cukup baik untuk jaga hati kawan2 aku... Tapi aku tahu apa yang mereka suka dan apa yang mereka tak suka.. Dan aku tahu kita semua tak sempurna dan kita ada baik, kita ada buruk... Tapi, sangat BODOH kalau ada KAWAN yang lansung tak tahu nak hargai apa itu persahabatan.. Dan kau dah tahu, apa kurangnya kau, kau lansung taknak perbaiki... Dan kau sangat Bodoh!

Dan sekarang, cahaya matahari pun tak dpt nak suluh kau pada pandangan aku... Kau buat Bodoh, aku seribu kali dua, buat taktahu kat kau! Siapa kau, siapa aku... Kau fikir sendiri...

Dan ini sangat sedih... aku dah lepaskan kau ......... Pergilah dengan mereka yang aku rasa blh tolong kau untuk terus berjaya.... Pergilah,, Pergilah... Pergilah... Kalau susah, kau tahu mana nak cari Kami... Apa yang kami akan tanya utk pertama-tamanya.. " mana pergi kawan2 kau tu?? mana pergi kawan2 kau yang dah punahkan KapalKawan kita??? Man? mana?mana?" dan jangan nak marah kalau masa tu, kau kena gelak! Pity u Kawan..........



geng2 HEbAt